PENGENALAN
Komputer
adalah sebuah mesin elektronik yang amat berguna pada zaman dahulu dan
sekarang. Komputer dapat meringankan kerja seharian manusia, membantu
menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan cepat dan tepat. Komputer adalah
sebuah mesin yang boleh diprogramkan untuk kepelbagaian guna. Komputer dapat
menerima data mentah, rajah dan akan memprosesnya kemudian memanipulasikan
untuk dijadikan maklumat yang berguna. Ia juga diprogram untuk menerima input,
lalu memproses untuk mengeluarkan output seperti yang dikehendaki dan ia juga
berupaya menyimpan maklumat tersebut untuk kegunaan pada masa akan datang.
Komputer telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia kerana ia
mempunyai kelajuan
(speed),
kebolehpercayaan (reliability), keupayaan storan (storage capability),
produktiviti (productivity), membuat keputusan dan dapat mengurangkan kos.
Sebagai kesimpulanya, komputer adalah sebuah mesin elektronik yang dapat
menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan lebih pantas dari tenaga manusia dan
keputusannya tepat.
SEJARAH
PENCIPTAAN KOMPUTER
Sejarah
penciptaan komputer bermula dengan terciptanya alat-alat perniagaan, seperti Abakus yang
sekarang ini dilakukan oleh komputer. Pada zaman dahulu pengiraan dilakukan
dengan menggunakan jari, manik, kayu dan kulit kerang. Dengan terciptanya Abakus 5000 tahun
yang lalu telah memudahkan ahli perniagaan dalam proses pengiraan asas campur,
tolak dan darab.Ia telah digunakan secara meluas oleh ahli perniagaan China,
Turki dan Yunani.
Blaise Pascal
merupakan seorang ahli saintis dan matematik Perancis yang di lahirkan pada
tahun 1623. Pada tahun 1642, beliau telah merekacipta satu mesin pengiraan
mekanikal yang pertama mengikut prinsip persepuluhan.
George Boole
adalah seorang ahli matematik Inggeris pada tahun 1815-1864. Beliau telah
mengembangkan konsep logik algebra True/False. Beliau juga telah memperkenalkan
simbol matematik dan asas kepada penggunan dalam merekabentuk litar logik dalam
komputer.
Charles Babbage
dilahirkan pada 1792, merupakan seorang ahli matematik dan perekacipta. Beliau
telah membina “The Difference
Engine” yang boleh menyelesaikan pengiraan sifir matematik. Kemudian
beliau telah memikirkan satu penciptaan mesin lain yaitu “Analytical Engine”
yang diharapkan dapat melaksanakan pengiraan yang pelbagai. Malangnya mesin
tersebut tidak sempat dibina semasa hidupnya. “Analytical Engine” mempunyai
ciri-ciri komputer pada masa sekarang yaitu mempunyai peranti input, secondary
storage, Processor, unit kawalan dan peranti output.
Augusta Ada Byron
membantu Charles
Babbage dalam membina arahan-arahan pengiraan bagi mesin “Analytical Engine”.
Beliau merupakan pengaturcaraan komputer yang pertama dengan menggunakan
“Analytical Engine”. Bahasa pengaturcaraan ‘ADA’ diambil
sempena namanya. Beliau juga telah menerbitkan nota yang menggalakan ahli sains
supaya menyempurnakan apa yang Charles Babbage tidak sempat lakukan.
Herman Hollerith
telah membangunkan satu peranti automat yang boleh memproses pengiraan banci.
Mesin tersebut dapat menyiapkan pengiraan banci dalam masa dua tahun. Pada
tahun 1880, banci penduduk Amerika Syarikat diketahui keputusannya. Perbezaan
diantara mesin Hollerith dan
Babbage ialah
mesin Hollerith menggunakan
kuasa elektrik manakala mesin Babbage menggunakan kuasa
mekanikal.
Howard Aiken
telah memperkenalkan mesin elektromekanikal yang digelar MARK I.
Dengan terhasilnya MARK
I maka bermulalah komputer era moden. Mesin ini adalah untuk menyelesaikan
pengiraan asas dan masalah fungsi-fungsi
trigonometri. Ciri-ciri MARK I ,
mempunyai ketinggian 8 kaki dan panjangnya 55 kaki. Ia dibina daripada besi dan
kaca, mengeluarkan bunyi yang kuat semasa pemprosesan dilalakukan, mengandungi
lebih daripada 750000 bahagian yang diikat bersama menggunakan Wayar sepanjang
500 batu. Sebahagiannya daripada sistem berada pada aras yang berbeza. Dengan
itu pengguna perlu naik ke atas mesin menggunakan tangga untuk memasangkan
suis. Sementara itu, Dr. John Mauchly
dan pelajarnya J.
Presper Eckert diminta oleh pegawai tentera Amerika membina mesin yang
boleh mengira peluru-peluru dengan cepat. Mereka telah merujuk kepada hasil
kerja Dr. John
Atanasoff dan pembantunya Clifford Berry. Atanasoff dan Berry berjaya
membina komputer digital yang pertama menggunakan elektronik yang di gelar ABC (Atanasoff-Berry
Computer). Manakala Mauchly dan Eckert telah
menggunakan ABC
sebagai asas untuk membangunkan komputer yang lain yaitu ENIAC (Electronic Numerical
Integrator And Calculator). ENIAC merupakan
komputer pertama yang dicipta untuk tujuan umum kemudian muncul UNIVAC I yaitu
komputer pertama yang diperdagangkan secara komersil.
PERMULAAN ERA
KOMPUTER.
Dari zaman
dahulu hingga sekarang sudah wujud 4 generasi. Ia berlaku dalam masa lebih
kurang 40 tahun.
GENERASI
PERTAMA (1951 - 1958)
Pada tahun
1937-1938 Dr.
John V.Atanasoff dan pembantunya Clifford Berry
telah merekacipta dan membina komputer elektronik digital yang pertama.
Komputer tersebut digelar ABC (Atanasoff-Berry
Computer). Manakala John W.Mauchly
dan J.Presper
Eckert telah mencipta ENIAC (Electronic
Numerical Integrator And Calculator) pada tahun 1945. ENIAC boleh
melakukan 5000 percampuran dan 300 pendaraban sertiap saat. 2 tahun kemudian
mereka telah menubuhkan syarikat yang dinamakan Spery Rand dan
seterusnya mengeluarkan UNIVAC I (Universal Automatic
Computer) dalam tahun 1951. UNIVAC I merupakan
komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Ia digunakan
secara meluas oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. UNIVAC I berfungsi
menggunakan tiub vakum/hampagas sebagai kompenan dalaman komputer untuk
memproses dan menyimpan maklumat. Ia menggunakan tenaga elektrik, bersaiz besar
dan berat. Komputer ini juga amat susah untuk di selenggarakan dan selalu
sahaja rosak. Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa mesin yaitu 0 & 1 (bahasa peringkat
rendah). Keupayaan storan komputer pada generasi pertama ini adalah
diantara 8000 hingga 20000 aksara. Manakala, pengiraannya pula dilaksanakan
dalam “microseconds”
GENERASI KEDUA
(1959 - 1961)
Komputer
generasi ini menggunakan transistor dan diod yaitu
peranti kecil yang memindahkan signal elektrik melalui resistor bagi
menggantikan tiub-tiub
vakum/hampagas. Transistor
adalah singkatan bagi TRANsfer reSISTOR. Contoh
komputer yang dicipta ialah DEC PDP-8, IBM 7090, IBM 7094 dan
lain-lain lagi. Kelebihan transistor ia dapatr berfungsi lebih baik daripada
komputer generasi pertama.yang menggunakan tiub hampagas. Komputer generasi ini
bersaiz lebih kecil, ringan, cepat dan murah serta tidak perlu warm-up time.
Penggunaan tenaga elektrik yang kurang jika dibandingkan dengan komputer
generasi pertama. Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa peringkat tinggi yaitu FORTRAN (1954)
dan COBOL
(1959). Manakala keupayaan storannya terus meningkat yaitu 16000 hingga 64000
aksara dan ia menggunakan bekas cakera yang boleh digerakkan (removable disk
cartridge). Pengiraannya dilaksanakan dalam “microseconds”.
GENERASI
KETIGA (1965 - 1970)
Komputer pada
generasi ini pula telah menggunakan litar bersepadu yaitu
litar elektrik yang mengandungi cip silikon yang
sangat kecil bagi menggantikan transistor. Harga cip yang murah menyebabkan
perkembangan alat elektronik yang pesat dan kejatuhan harga alat tersebut.
Komputer ini bercirikan litar bersepadu yaitu litar elektrik yang mengandung
cip silikon yanf sangat kecil terdiri daripada beribu-ribu transistor. Cip ini
lebih murah, padat dan lebih dipercayai. Contoh komputer yang dicipta ialah IBM 360 dan mikrokomputer
seperti APPLE II,
IBM PC, Sinclair dan
lain-lain lagi. Saiz komputer menjadi 1/3 lebih kecil daripada komputer
generasi pertama. Ia juga boleh mengamalkan konsep multiprogramming
dan multiprocessing
yaitu beberapa aturcara boleh dilarikan dengan serentak dan berkongsi sumber
yang sama dan ini meningkatkan keberkesanan komputer. Proses pengiraannya
dilaksanakan dalam “nanoseconds”.
Pemprosesan interaktif
diperkenalkan di mana pengguna berhubung terus dengan komputer. Kaedah
pencapaian ini menyebabkan industri perkhidmatan pelanggan berkembang. Minikomputer
diperkenalkan di mana fungsinya sama seperti "full size
system" tetapi ia lebih kecil, perlahan dan lebih murah.
GENERASI KEEMPAT (1971 - Sekarang)
Semenjak tahun
1970-an komputer bertambah laju dan boleh dipercayai. Generasi keempat ini
merupakan lanjutan daripada generasi ketiga di mana pada generasi ketiga cip-cip digunakan
untuk membina ingatan dan ligik komputer. Kesemua cip disimpan untuk
membangunkan teknologi yang seterusnya yaitu general-purpose-on-a-chip
yang digelar mikropemproses
(microprocessor).
Mikropemproses mengantikan litar bersepadu.
Mikropemproses juga boleh didapati pada jam digital, mesin kira, dan pelbagai
mesin di pejabat dan di rumah. Mikropemproses mula dijual pada tahun 1971.
Contoh komputer yang terdapat pada generasi ini adalah dari IBM yang
menggunakan cip
Intel 80286, cip Intel 80386, cip Intel 80486 (mengandungi 1.2 juta
transistor yang berukuran 0.4" x 0.5" dan berupaya melaksanakan 15
juta arahan per saat). Cip Intel Pentium (mengandungi 3.1 juta
transistor yang berupaya melaksanakan 112 juta arahan per saat). Cip Intel Pentium
Pro (mengandungi
5.5 juta transistor yang berupaya melaksanakan 250 juta arahan per saat). Cip Intel Pentium
Pro MMX, Cyrix,
AMD, Pentium II dan
lain-lain lagi. Antara ciri-ciri yang terdapat pada komputer generasi ini ialah
saiznya yang lebih kecil, penggunaan tenaga elektrik yang minimum. Ia boleh
digunakan bersama dengan beberapa bahasa pengaturcaraan. Keupayaan storannya
terus meningkat ke 1 juta hingga 50 juta aksara dan pengiraan dilaksanakan
dalam “picoseconds” Saiz komputer sekarang adalah 100 kali lebih kecil daripada
saiz komputer generasi pertama dan satu cip adalah lebih berkuasa daripada ENIAC.
GENERASI KELIMA
Komputer
generasi kelima yaitu komputer bagi generasi akan datang ini masih belum
diperkenalkan secara meluas. Namun usaha kearah tersebut telah dimulakan oleh
beberapa negara maju. Ianya juga masih didalam peringkat penyelidikan, dimana
negara Jepun merupakan negara yang paling banyak membuat penyelidikan. Matlamat
mereka adalah untuk membina komputer yang lebih berkuasa dan kepintaran buatan
(artificial intelligence), sistem pakar (expert sistem), robotik dan
sebagainya. Saiz perkakasan akan terus menjadi lebih kecil sementara daya
ingatan dalamannya terus meningkat dengan pesat.
PENGELASAN KOMPUTER
Pengelasan
komputer adalah mengikut kepada ukuran fizikal dan keupayaannya yaitu, seperti
superkomputer, komputer kerangka utama, Mini komputer dan mikrokomputer.
SUPERKOMPUTER
Superkomputer
atau nama lainnya kerangka
utama yang besar. Perkembangannya terhad kepada beberapa ratus unit sahaja
di seluruh dunia. Ini kerana harganya yang amat mahal. Superkomputer mempunyai
unit pemprosesan pusat yang kompleks dengan keupayaan yang sangat pantas. Ia
juga boleh memproses berbillion arahan per saat (BIPS). Ia
digunakan khas bagi menyelesailkan masalah saintifik yang rumit dan canggih,
contohnya CRAY I, CRAY II, CRAY III, dan CDC CYBER205.
KOMPUTER
KERANGKA UTAMA
Komputer Kerangka
Utama yang pertama diperkenalkan sejak tahun 40-an adalah seperti UNIVAC, IBM 360, dan
lain-lain lagi. Komputer jenis ini kebanyakannya dimiliki oleh organisasi yang
besar dan pusat pengajian tinggi. Ia juga bersaiz besar dan berkeupayaan
memproses sejumlah data yang banyak dengan pantas dan tepat, berupaya memproses
data pada kelajuan yang tinggi dan berjuta-juta arahan per saat (MIPS). Ia juga
membenarkan komputer dikongsi oleh beratus-ratus pengguna pada satu masa.
MINI KOMPUTER
Mini Komputer
pula adalah lebih perlahan, berkeupayaan storan yang kurang dan lebih murah
daripada komputer kerangka utama. Kebanyakannya dimiliki oleh gedung
perniagaan, jabatan awam/swasta dan institut pengajian tinggi. Mini Komputer
juga menggunakan konsep multiprogramming
dan multiprocessing.
Contohnya adalah seperti HP 3000, SEQUENT dan
lain-lain lagi.
MIKROKOMPUTER
Mikrokomputer
atau Komputer
peribadi pula mempunyai saiz yang kecil seperti desktop atau laptop.
Ia diperkenalkan buat kali pertama pada pertengahan tahun 1970-an.
Mikropemproses adalah menjadi asas bagi mikrokomputer. Penggunaan mikrokomputer
semakin meluas. Supermikro atau stesen kerja (workstation)
telah diperkenalkan. Ia merupakan sambungan di antara mikrokomputer dan mini
komputer yang berkeupayaan menggunakan konsep multiprogramming dan multiprocessing.